Tarikh Kejadian: 1 Disember 2023
Dalam satu kejadian yang mengejutkan, seorang penunggang motosikal bersama isteri dan anak tercampak ke dalam sungai selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) pada pukul 1.26 petang.
Pihak Bomba dan Penyelamat berjaya membawa naik kesemua mangsa dari dalam sungai.
Isteri dan anaknya, hanya mengalami kecederaan ringan. Namun, penunggang tersebut mengalami patah pada bahagian kaki kanan dan segera diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.
Kes ini telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Keselamatan di Jalan Raya Adalah Tanggungjawab Bersama!