KEMASKINI: Polis Buru Lelaki Curi Dompet Berisi RM30
Polis kini memburu seorang lelaki (Gambar) yang dipercayai mencuri dompet milik pekerja sebuah kedai mainan di Pusat Borong GM Klang. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, mengesahkan bahawa laporan mengenai kejadian diterima pada pukul 12.25 tengah malam 17 Disember. Kejadian berlaku pada pukul 5.47 petang, 16 Disember 2024.
Suspek, seorang lelaki berbangsa Melayu, dilaporkan membawa mainan untuk diperiksa tetapi tidak membeli apa-apa sebelum meninggalkan kedai. Pengadu kemudian menyedari dompetnya yang diletakkan di bawah meja telah hilang.
Pemeriksaan rakaman CCTV menunjukkan suspek mengambil dompet tersebut, yang mengandungi kad pengenalan sementara, lesen memandu, kad kahwin, dan wang tunai RM30. Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, dan polis kini giat mengesan suspek.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk hadir ke balai polis atau menghubungi Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222.
Pada satu ketika, seorang pelanggan mengambil kesempatan untuk mencuri dompet milik cashier yang diletakkan di bawah meja. Insiden ini dirakam oleh CCTV pasaraya dan tular di aplikasi X pada 17 Disember 2024.
Sementara menunggu cashier menyiapkan barang berupa kereta mainan, pelanggan seorang lelaki mengambil peluang mencuri dompet yang berads dibawah meja.
Walaupun tarikh kejadian tidak dapat dipastikan, video tersebut telah menarik perhatian ramai dan berharap pihak polis dapat menangkap pencuri berkenaan.
Situasi ini menekankan kepentingan pengawasan dan tindakan pencegahan untuk melindungi pekerja dan pelanggan. Mari kita bersama-sama meningkatkan kesedaran dan keselamatan di persekitaran kita!