Pathuri Debury, seorang wanita berusia 80 tahun pesara kerajaan dari kampung Raisuan di blok Telkoi, Keonjhar, Odisha India.

Dalam satu rakaman video tersebar pada  September 2024, menunjukkan  beliau terpaksa merangkak hampir 2 kilometer ke pejabat panchayat hanya untuk mengambil pencennya.

Keadaan fizikal Pathuri, yang menyukarkan beliau berjalan kerana faktor usia dan penyakit, menjadikan perjalanan ini amat memilukan. ” Perbelanjaan harian bergantung dengan duit pencen ini,” keluhnya. Ironinya, walaupun terdapat arahan kerajaan untuk menyediakan bantuan terus ke rumah warga emas dan orang kurang upaya, Pathuri mengalami situasi sebaliknya.

Pegawai panchayat yang sepatutnya mempermudah bantuan telah mengarahkan Pathuri datang sendiri ke pejabat untuk mengambil pencennya. Tanpa pilihan lain dan tiada sesiapa yang datang ke rumahnya, beliau terpaksa merangkak sejauh itu. Kisahnya bukan sahaja mendedahkan  kegagalan sistem yang seharusnya melindungi dan menyokong golongan memerlukan bantuan.

“Kami telah mengarahkan PEO untuk menyerahkan pencen kepada penerima yang tidak dapat datang ke pejabat panchayat.” – Geeta Murmu, BDO Telkoi

Setelah kisah Pathuri tersebar, Sarpanch Raisuan, Bagun Champia, segera mengambil tindakan. Beliau mengarahkan pegawai panchayat dan pembantu pengagihan untuk mula menghantar bantuan kewangan dan ransum ke rumahnya mulai bulan depan. “Kami telah mengarahkan PEO untuk menyerahkan pencen kepada penerima yang tidak dapat datang ke pejabat panchayat,” kata Geeta Murmu, BDO Telkoi.

Kisah Pathuri menjadi peringatan bahawa walaupun dasar yang baik telah digubal, pelaksanaannya sering kali tidak seperti yang dirancang. Semoga dengan perhatian terhadap kes ini, tiada lagi warga emas atau orang kurang upaya terpaksa melalui kesukaran seperti ini pada masa depan. Marilah kita bersama-sama memperjuangkan kebajikan golongan memerlukan, memastikan semua orang, terutama yang lemah, mendapat hak dan perlindungan yang sewajarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

advanced-floating-content-close-btn
(function(w,q){w[q]=w[q]||[];w[q].push(["_mgc.load"])})(window,"_mgq");.widget-container {
font-size: 10px; /* Change to desired size */
line-height: 1.5; /* Adjust line height for better readability */
}
advanced-floating-content-close-btn
(function(w,q){w[q]=w[q]||[];w[q].push(["_mgc.load"])})(window,"_mgq");
advanced-floating-content-close-btn
(function(w,q){w[q]=w[q]||[];w[q].push(["_mgc.load"])})(window,"_mgq");
advanced-floating-content-close-btn
🌸 Flower Advisor
💇‍♀️ Story Hair Care
advanced-floating-content-close-btn
[wpcode id="13727"]
advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada