Zalimnya Lelaki OKU Dipukul di Pasar Astaka Kemaman
Insiden Lelaki OKU Dipukul Disimbah Mee Goreng Panas Atas Kepala di Kemaman
Tarikh Kejadian: Jumaat, 17 Januari 2025
Info Terkini: Polis telah menahan tiga suspek berhubung kejadian seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani, Kemaman. Kesemua suspek kini ditahan untuk membantu siasatan.
Versi Kejadian
- Menurut sumber pertama, lelaki OKU melanggar gerai mee goreng hingga kuali terbalik, menyebabkan mee tumpah ke jalan.
- Sumber kedua mendakwa motor mangsa ditendang, menyebabkan dia hilang kawalan dan melanggar gerai tersebut.
Kejadian Selepas Itu
Berikutan insiden tersebut, lelaki OKU ini:
- Dipukul beramai-ramai oleh peniaga dan orang ramai.
- Diseret di atas jalan tar dalam keadaan hujan.
- Dicurah mee goreng panas dan kuah pedas ke atas kepalanya.
- Ditendang pada muka walaupun tidak melawan.
Nota: Video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan kekejaman terhadap lelaki OKU tersebut, mencetuskan kemarahan orang ramai.
Siasatan Polis
Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian ini dan sedang giat mengesan semua suspek yang terlibat. Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Harapan Orang Ramai
Orang ramai berharap semua pelaku dapat ditangkap segera dan dikenakan hukuman yang setimpal.
Kemaskini Terkini
Tarikh: 18 Januari 2025
Info Terkini: Polis telah menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden memukul seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di tapak jualan pasar tani, Kemaman, malam tadi. Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhammad Wan Jaafar, kesemua suspek kini ditahan untuk membantu siasatan lanjut.
Tarikh Kejadian: Jumaat, 17 Januari 2025
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 47 tahun dilaporkan cedera selepas dipukul oleh beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman. Kejadian berlaku apabila mangsa, yang juga pemegang kad OKU mental, secara tidak sengaja melanggar sebuah gerai jualan semasa menunggang motosikal, menyebabkan barangan jualan terjatuh.
Insiden ini mencetuskan pertengkaran yang bertukar menjadi serangan fizikal, dan mangsa telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan. Video kejadian berdurasi hampir dua minit turut tular di media sosial.
Allah ﷻ menghantar seseorang yang cacat mental ke suatu tempat sebagai ujian. Malangnya Orang ramai menjadi kufur dengan serta merta.
Siasatan Polis
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhammad Wan Jaafar, mengesahkan bahawa pihak polis kini sedang mengesan individu yang terlibat. Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Maklumat Lanjut
Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di talian 09-859 2222.