Huanping, Gadis OKU Menjual Klip Rambut demi Impian Melancong Bersama Nenek
2 mins read

Huanping, Gadis OKU Menjual Klip Rambut demi Impian Melancong Bersama Nenek

Huanping mempamerkan klip Rambut dilekatkan pada payung untuk menarik pembeli

Di tengah kesibukan kota Tangshan, China, terselit kisah menyentuh hati tentang seorang gadis bernama Huanping. Meskipun dilahirkan dengan cerebral palsy, dia tidak pernah putus asa. Huanping, yang terpisah dari ibu bapanya, menjual klip rambut di tepi jalan demi menyara hidup dan mengejar impiannya untuk membawa neneknya melancong.

Siapa Huanping?

Huanping dilahirkan pramatang dan mengalami kekurangan oksigen, yang mengakibatkan cerebral palsy. Keadaan ini menyebabkan dia menghadapi cabaran pergerakan. Ibu bapanya berpindah untuk bekerja dan memberikan sedikit sokongan. Mereka kemudian mempunyai anak perempuan lain, meninggalkan Huanping untuk menjaga dirinya sendiri.

“Mereka mungkin tidak begitu menyayangi saya, tetapi saya sangat menyayangi diri saya. Saya berjuang keras untuk hidup,” kata Huanping.

Perjuangan Hidup Huanping

Selepas syarikat bekas majikannya muflis, Huanping mula menjual pin rambut di tepi jalan dengan harga hanya dua yuan (RM1.32) setiap satu. Dia meletakkan klip rambutnya di atas payung hitam dan memegang papan tanda yang ditulis dengan ikon ceria bertulis, “Memandangkan anda di sini, mengapa tidak membeli satu?”

Walaupun jualan hariannya minimum dan pendapatannya sedikit akibat cuaca sejuk dan kurangnya pelanggan, tekadnya tetap kukuh. Impian terbesarnya adalah membawa neneknya, yang telah membesarkannya sejak kecil, melancong untuk melihat pemandangan yang indah dan mengalami keindahan dunia.

Kisah Huanping Menjadi Viral

Kisah Huanping menarik perhatian ramai selepas seorang pencipta kandungan dalam talian, Sanzhenban, berkongsi interaksi mereka di media sosial pada 9 Januari. Video itu menjadi tular, dan ramai netizen memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada Huanping.

“Optimis, ceria, baik, dan penuh senyuman. Perkara baik akan datang kepada jiwa yang cantik seperti ini. Teruskan!” – Kata seorang netizen.

Mesej Inspirasi dari Huanping

Kisah Hidup Huanping  membentuk kekuatan dalam diri dan pentingnya mencintai diri sendiri. Meskipun dia melalui banyak kesukaran, dia tetap bangga dengan dirinya dan terus berusaha untuk hidup yang lebih baik.

“Sebagai seorang gadis, anda benar-benar perlu bergantung pada diri sendiri. Anda perlu membina kekuatan dalaman. Saya rasa saya hebat. Selepas semua yang saya lalui, saya masih gembira. Saya bangga dengan diri saya,” tambah Huanping.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *