
Bertahun-Tahun Kartel ‘Ayahanda’ Peras Peniaga Bazar Ramadhan
Ramadhan 2025 Pengurusan Bazar Dari Kartel kepada DBKL
Isu penguasaan kartel atau ‘ayahanda’ dalam pengurusan tapak bazar Ramadan sudah lama berlaku. Peniaga terpaksa membayar harga tapak yang melampau kerana kartel “Ayahanda” yang mengaut keuntungan sewa begitu tinggi.
DBKL GAGAL URUS BAZAR ?#DrZ#WilayahPersekutuanKita#MalaysiaMADANI#MADANIBekerja pic.twitter.com/x5hx0DkQ8D
— Dr Zaliha Mustafa (@DrZalihaMustafa) March 14, 2025
Ayahanda Rosli ni dari PEKIDA ke? https://t.co/wxj8Vgycyr
— Projek Hitam (@projekhitam) March 14, 2025
Harga tapak di kawasan strategik boleh mencecah RM50,000, bergantung kepada lokasi. Ramai peniaga kecil tidak mampu menyewa tapak melainkan mereka mempunyai hubungan dengan pihak kartel “Ayahanda”.
DBKL Ambil Alih, Sewa Tapak Hanya RM500
Kerajaan mengambil langkah tegas dengan menyerahkan pengurusan bazar kepada DBKL. Kini, peniaga hanya perlu membayar sebanyak RM500 bagi tapak bazar Ramadan, jauh lebih rendah daripada harga yang dikenakan oleh kartel sebelum ini.
Langkah ini membuka peluang kepada ramai peniaga kecil yang sebelum ini tidak mampu menyewa tapak. Sistem ini lebih telus, tanpa memerlukan ‘orang dalam’ atau membayar harga melampau.
Reaksi Peniaga: Lega dan Bersyukur
Ramai peniaga menyambut baik langkah ini. Ada yang tidak menyangka akhirnya mereka dapat berniaga di bazar Ramadan tanpa perlu membayar ribuan ringgit kepada orang tengah.
“Dulu nak dapat tapak kena ada connection, kalau tidak, jangan harap. Sekarang sistem lebih adil.”
Walaupun ada sedikit isu dalam pelaksanaan awal, kebanyakan peniaga mengakui perubahan ini adalah satu langkah yang baik.