Sita dan Tebang Pokok Durian  Di Sungai Klau Tidak Menyalahi Mahkamah
1 min read

Sita dan Tebang Pokok Durian Di Sungai Klau Tidak Menyalahi Mahkamah

Kuantan, 09 April 2025 – Operasi penguatkuasaan terhadap kebun durian haram di Sungai Klau, Raub yang dijalankan oleh penguat kuasa Kerajaan Negeri Pahang tidak tertakluk kepada mana-mana perintah mahkamah.

Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Dato’ Sri Saiful Edris Zainuddin, menjelaskan bahawa dakwaan yang dibuat oleh kumpulan Save Musang King Alliance (SAMKA) adalah tidak benar sama sekali.

“Tak betul (dakwaan) itu. Permohonan mereka di Mahkamah Tinggi sebelum ini telah ditolak dan dibawa ke Mahkamah Rayuan dan juga telah ditolak,” katanya. Beliau menegaskan bahawa tanah tersebut adalah hak milik Kerajaan Negeri dan terserah kepada Kerajaan Negeri untuk menentukan tindakan lanjut terhadap tanah tersebut.

Dato’ Sri Saiful turut menambah bahawa pihak Kerajaan Negeri tidak mempunyai halangan sekiranya SAMKA ingin mengambil tindakan undang-undang lanjut kerana pendudukan kebun tersebut adalah haram dan tidak mempunyai sebarang hak dari segi undang-undang.

Dalam laporan media sebelum ini, kumpulan pekebun durian yang terlibat mendakwa bahawa Kerajaan Negeri melanggar perintah mahkamah apabila menebang lebih 200 pokok durian Musang King di kebun mereka di Sungai Klau.

SAMKA menyatakan bahawa operasi berkenaan dijalankan sekitar jam 11 pagi oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, bersama kakitangan Jabatan Perhutanan, Pejabat Tanah dan anggota polis.

Namun begitu, tindakan tersebut adalah sah dan dilakukan berdasarkan kuasa Kerajaan Negeri terhadap tanah kerajaan yang diduduki secara haram.

Sumber: PAHANGMEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *