Bekas Pegawai JKM Sarawak Dipenjara 468 Tahun & Denda RM180 Juta
1 min read

Bekas Pegawai JKM Sarawak Dipenjara 468 Tahun & Denda RM180 Juta

 

Kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan RM16 juta

Kronologi Kes:

  • Mac 2024: Didakwa atas 31 pertuduhan pengubahan wang haram dan 3 pecah amanah (RM15 juta)
  • April 2025: Mengaku bersalah semua pertuduhan

Hukuman ini antara yang tertinggi dalam kes rasuah Malaysia! Kesalahan Mohd Zairull Arzuan Mohd Shamsuddin Ja’afar terbongkar apabila penyata gajinya menunjukkan transaksi mencurigakan, dengan lebih RM4 juta dikreditkan ke dalam akaun peribadinya. Selain itu, beliau juga menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah yang melibatkan jumlah lebih RM16 juta.
Hasil siasatan lanjut membawa kepada pertuduhan terhadap beliau di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), serta Seksyen 409 Kanun Keseksaan bagi kesalahan pecah amanah.

Maklumat Tertuduh

Nama: Mohd Zairull Arzuan Mohd Shamsuddin Ja’afar @ Ang Chui Thong

Umur: 38 tahun

Jawatan Sebelumnya: Pembantu Tadbir Kewangan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak

Butiran Kesalahan

Pengubahan Wang Haram: Antara tahun 2020 hingga 2022, melibatkan jumlah RM6,013,504.31

Pecah Amanah Jenayah (CBT): Antara tahun 2019 hingga 2021, melibatkan jumlah RM10,272,350.13

Hukuman Dijatuhi

Penjara: 12 tahun (setiap pertuduhan berjalan serentak)

Denda: RM180 juta (gagal bayar, tambahan 36 bulan penjara)

Sebatan: Tiga sebatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *