
Suspek Samun Bersenjata di Kulai Ditahan Polis Kurang Dua Jam Selepas Kejadian

Kronologi Kejadian
4 April 2025
- 8:26 pagi – Seorang wanita warga Indonesia berusia 52 tahun disamun dan ditetak di lengan kiri dengan senjata disyaki parang di belakang bangunan sebuah restoran di Jalan Seri Putra. Mangsa dikejarkan ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
- 8:45 pagi – Seorang wanita tempatan berusia 36 tahun menjadi mangsa samun bersenjata di Jalan Impian Senai Utama, Taman Impian Senai. Suspek menaiki motosikal Yamaha 135LC dan melarikan wang tunai, kad pengenalan serta telefon bimbit mangsa. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Suspek berusia 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam dua kejadian samun bersenjata di Kulai, Johor, 4 April lalu, berjaya diberkas polis, kurang dua jam selepas jenayah itu dilakukan.
— Malaysia Tribune (@Msia_Tribune) April 14, 2025
Kes disiasat mengikut seksyen 392/397 dan seksyen 394 kanun keseksaan.#fyp #reels #Kulai pic.twitter.com/s1RkdoWq3i
🚓 Penahanan Suspek
Bertindak atas maklumat orang awam dan tindakan pantas pasukan polis, suspek lelaki tempatan berusia 40 tahun berjaya ditahan pada jam 10:05 pagi di sebuah stesen minyak di Jalan Skudai-Gelang Patah.
🔍 Rampasan dan Siasatan
- Beberapa beg tangan dan beg galas
- Dompet, telefon bimbit, kad pengenalan, MyKid, dan pasport warga Indonesia
- Barang kemas seperti cincin dan gelang
- Sejumlah wang tunai
- Kotak peralatan bertukang mengandungi pemotong besi, pemutar skru, gunting, dan gergaji besi
Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai 15 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. Ujian saringan awal menunjukkan dia positif dadah jenis methamphetamine. Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan.