Banjir Shah Alam & Klang:  Keperluan Projek Mega Tebatan
1 min read

Banjir Shah Alam & Klang: Keperluan Projek Mega Tebatan

Masalah Banjir di Shah Alam dan Klang

Masalah banjir di kawasan Shah Alam dan Klang bukanlah isu baharu. Kedudukan geografi yang rendah serta pembangunan pesat mendesak kepada keperluan sistem saliran yang mampan menangani  kejadian banjir kilat yang kerap berlaku.

Pada tahun 2007, Kerajaan Negeri mengemukakan satu cadangan penyelesaian ialah pembinaan terowong air bawah tanah Canal City seperti konsep SMART di Kuala Lumpur. Pada 2011, projek ini tidak dibatalkan oleh kerajaan dibawah pimpinan Pakatan Rakyat. Kini, laluan cadangan telah dipenuhi dengan pelbagai binaan seperti perumahan dan kilang, menjadikan kos pembinaan jauh lebih tinggi dan rumit.

Sistem Pam: Gagal Menangani Krisis

Sebagai penyelesaian jangka pendek, Kerajaan negeri telah membina sistem pam besar di kawasan-kawasan kerap banjir untuk menyelesaikan masalah ini. Namun pada 16 Ogos 2023, beberapa kawasan seperti Seksyen 13, Jalan Persiaran Sukan, dan sekitar Stadium Shah Alam dinaiki air akibat jumlah hujan tinggi  diluar kemampuan sistem pam.

Penduduk mengalami kerugian dan trafik tergendala. Ini menunjukkan kaedah menggunakan pam semata-mata tidak efektif, lebih-lebih lagi untuk kawasan padat seperti Shah Alam dan Klang.

Manfaat Jangka Panjang Mengatasi Kos

Meskipun pembinaan terowong banjir memerlukan kos besar dan tidak mendatangkan keuntungan dalam jangka masa pendek, ia memberi manfaat besar kepada rakyat. Terutamanya ketika berlaku banjir besar, terowong ini mampu mengalirkan air secara terus ke sungai atau laut, sekali gus menyelamatkan harta benda penduduk.

Kerajaan dan pihak berkepentingan perlu berani mengambil pendekatan jangka panjang demi kebajikan rakyat. Penyelesaian sementara seperti pam tidak lagi mencukupi. Rakyat tidak boleh terus menjadi mangsa kepada kegagalan sistem yang sepatutnya melindungi mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *