Keluarga Sendiri Dera Gadis 22 tahun sehingga mati Di Terengganu
1 min read

Keluarga Sendiri Dera Gadis 22 tahun sehingga mati Di Terengganu

Hakim menyatakan: “Ini adalah kes yang sangat menyedihkan dan terburuk di bawah Seksyen 302.”

36 Gigitan Di Pukul Kebuluran Berat  Siti Hajar Hanya 18Kg 

Tahun: 2016 | Lokasi: Batu 5, Binjai, Kemaman, Terengganu

Siti Hajar, gadis berusia 22 tahun, menemui ajal di tangan keluarga sendiri dalam satu kes penderaan kejam.

  • 26 April 2016: Ayahnya, Anuar Yusof melaporkan kematian Siti Hajar akibat demam panas biasa.
  • Polis dapati mayat mangsa penuh lebam dan kesan gigitan manusia, menyebabkan kes diklasifikasikan sebagai kes jenayah.
  • Bedah siasat mengesahkan mangsa mengalami jangkitan kuman, kebuluran dan penderaan fizikal sebelum meninggal dunia.
  • Berat badan Siti Hajar ketika meninggal dunia hanyalah 18 kilogram!
  • 36 kesan gigitan manusia ditemui di seluruh badan termasuk bahagian sulit.

Siasatan & Pendakwaan Kejam: Penderaan Berbulan-bulan

  • 1 Mei 2016: Ayah kandung, ibu tiri dan dua adik ditahan polis.
  • Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh).
  • Sepanjang perbicaraan, forensik sahkan penderaan kejam selama 3 hingga 6 bulan.
  • Seorang saksi menyatakan setiap kali adik-beradik mahu makan, mereka diarahkan memukul Siti Hajar terlebih dahulu.
  • 28 Februari 2021: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Anuar Yusof (57) dan Murni Ahmad (42).
  • Dua adik mangsa, Siti Sarah dan Amir Sharif dibebaskan selepas tidak didapati bersalah.
  • Jenazah dikebumikan pada 30 April 2016 di Tanah Perkuburan Islam Kuala Kemaman.

11 Disember 2024 Mahkamah Putuskan  Penjara 40 Tahun  dan 12 Sebatan Ganti Gantung Sampai Mati

  • Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman gantung kepada penjara maksimum 40 tahun terhadap Anuar dan Murni.
  • Panel tiga hakim menyatakan bukti kukuh menunjukkan kematian akibat penderaan, kebuluran dan pengabaian oleh pasangan itu.
  • Rayuan pendakwaan dibatalkan kerana notis gagal disampaikan.
  • Peguam: Ghazali Ismail | Pendakwa: Norzilati Izhani Zainal
  • Mahkamah turut arahkan hukuman bermula dari tarikh tangkapan (26 April 2016).
  • Hakim menyatakan: “Ini adalah kes yang sangat menyedihkan dan terburuk di bawah Seksyen 302.”
  • Pindaan undang-undang membolehkan mahkamah menjatuhkan penjara 30–40 tahun + sekurang-kurangnya 12 sebatan kepada pesalah lelaki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *