
Gagal Bayar Ganti Rugi Saman Fitnah: Risiko Kebankrapan dan Penjara!

Apa Itu Saman Fitnah?
Saman fitnah adalah tindakan undang-undang yang diambil apabila seseorang individu atau organisasi membuat kenyataan tidak benar yang mencemarkan reputasi seseorang. Sekiranya Mahkamah memutuskan bahawa kenyataan tersebut bersifat fitnah, pihak yang bersalah boleh diarahkan membayar ganti rugi wang tunai kepada mangsa.
Tetapi, apakah yang berlaku jika pihak yang diperintahkan untuk membayar saman fitnah itu gagal melakukannya?
Kesan dan Tindakan Jika Gagal Bayar
- Diisytihar Bankrap: Jika jumlah saman melebihi RM100,000, prosiding kebankrapan boleh dimulakan. Individu bankrap akan kehilangan kawalan terhadap hartanya dan menghadapi sekatan seperti tidak boleh ke luar negara.
- Penyitaan & Lelongan: Harta milik seperti kenderaan, rumah, atau barangan boleh disita dan dilelong untuk membayar saman.
- Pembekuan Akaun Bank: Plaintif boleh mohon Mahkamah arahkan bank membekukan akaun defendan (prosiding garnisi).
- Dipenjarakan (Tunjuk Sebab): Mahkamah boleh arahkan defendan hadir untuk beri alasan kenapa tak patut dihukum penjara kerana ingkar perintah.
Nasihat Undang-Undang & Langkah Bijak
Jika anda kalah dalam saman fitnah dan diperintahkan membayar ganti rugi, jangan ambil ringan. Anda boleh:
- Berunding dengan peguam untuk bayaran ansuran atau penangguhan.
- Mohon semakan semula keputusan Mahkamah atau buat rayuan dalam tempoh ditetapkan.
- Jalankan rundingan damai dengan pihak yang menang jika mereka bersetuju.
Ingat: Mematuhi perintah Mahkamah adalah tanggungjawab undang-undang. Kegagalan boleh menyebabkan kesan kewangan dan peribadi yang besar. Rujuk peguam secepat mungkin.