
Dakwaan Tanah 3,000 Tahun Yahudi: Antara Mitos dan Realiti Taurat

Kebiasaan Bani Israel Memutarbelit Wahyu
Dalam Surah al-Baqarah ayat 75, Allah ﷻ menyatakan bahawa segolongan dari Bani Israel mendengar firman Allah, lalu mengubahnya sesudah memahaminya. Ini menunjukkan mereka sering memanipulasi wahyu untuk kepentingan mereka sendiri. Ia adalah sifat yang diwarisi dari generasi ke generasi.
Dakwaan Tanah Dijanjikan 3,000 Tahun Lalu: Manipulasi Fakta
Yahudi mendakwa tanah Palestin adalah milik mereka sejak 3,000 tahun lalu berdasarkan Kitab Kejadian 15:18 dalam Taurat: “Pada hari itu TUHAN membuat perjanjian dengan Abram, katanya: Kepada keturunanmu Kuberikan negeri ini, dari Sungai Mesir sampai ke sungai yang besar itu, sungai Efrat.”
Namun, ayat ini langsung tidak menyatakan bahawa tanah itu diberikan secara eksklusif kepada Bani Israel. Sebaliknya, ia menyebut tentang Nabi Ibrahim dan “keturunannya”, yang merangkumi bukan sahaja Ishak, tetapi juga Ismail. Ini bermaksud keturunan Arab (melalui Ismail) juga adalah pewaris tanah itu. Maka, dakwaan Yahudi sebenarnya adalah satu penyelewengan terhadap maksud sebenar Taurat.
Lebih pelik, mereka sanggup memutarbelit kitab Taurat sendiri — kitab yang asalnya diturunkan khas untuk kaum mereka — semata-mata untuk menjustifikasikan penjajahan dan penindasan ke atas bangsa lain.
Pengingkaran, Pembunuhan Nabi & Kebohongan Yahudi
Bani Israel terkenal dalam al-Qur’an kerana membunuh para Nabi (al-Baqarah: 61), mendakwa diri mereka suci dan tidak disentuh neraka (al-Baqarah: 80), serta menyembunyikan kebenaran (al-Baqarah: 159). Semua ini membuktikan penyelewengan besar dalam akidah dan akhlak mereka.