
Translokasi Haiwan – Bentuk Pengusiran Terancang
Mereka di lepaskan di kawasan baru yang tidak pasti ada keperluan makanan mencukupi
Gajah, harimau, beruang, rusa dan monyet – semua ini adalah penghuni asal hutan tropika kita. Namun habitat mereka kian terancam akibat pembalakan, ladang, projek mega dan penempatan manusia. Bila konflik berlaku, solusi pantas yang sering diambil ialah “translokasi”.
Tetapi adakah translokasi benar-benar penyelesaian, atau sebenarnya satu bentuk pengusiran terancang?




OPERASI MENYELAMAT BERUANG MATAHARI DI KAMPUNG PULAU SERAIJabatan PERHILITAN Daerah Kuantan telah menerima satu aduan dari orang awam berkenaan kehadiran seekor Beruang Matahari di Kg. Pulau Serai, Pekan Pahang pada 17 Mei 2025.Oleh itu, satu operasi menyelamat hidupan liar terbabit telah dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN Daerah Kuantan di lokasi terlibat.Beruang tersebut telah dibawa dan ditempatkan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) pada hari yang sama operasi menyelamat dijalankan.Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi ini.
Posted by Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia on Sunday, May 18, 2025
Translokasi kononnya bertujuan menyelamatkan haiwan liar dari berdekatan kawasan manusia. Namun realitinya, haiwan-haiwan ini diambil dari perkampungan asal mereka – kawasan yang telah mereka kenal selama bertahun, bahkan turun-temurun – dan dihantar ke tempat asing yang tidak dikenali, tanpa sebarang jaminan keselamatan atau kelangsungan hidup.
Lebih membimbangkan, kawasan penempatan baru ini tidak disediakan dengan makanan semula jadi. Tiada usaha menanam pokok buah-buahan atau tumbuhan makanan spesifik bagi spesies yang dipindahkan. Haiwan-haiwan ini dibiarkan mencari makan sendiri di kawasan yang mungkin telah didiami spesies lain – mewujudkan konflik baharu sesama haiwan.
Translokasi bukan penyelesaian mutlak. Ia hanya menutup masalah dengan memindahkannya ke tempat lain. Hakikatnya, translokasi adalah pengusiran haiwan dari tanah asal mereka sendiri.
Kita perlu ubah cara kita melihat haiwan hutan. Mereka bukan pengacau. Mereka adalah pewaris hutan, penjaga ekosistem, dan sebahagian dari alam ciptaan Tuhan yang kita juga nikmati. Jangan halau mereka hanya kerana mereka tidak boleh bersuara.