[Video] Kes Pukau Pekerja Kedai Kosmetik di Jaya Gading, Kuantan

“Pukau” Makin Menjadi-jadi

Kakitangan Kedai Kosmetik di Jaya Gading, Kuantan Jadi Mangsa Kecurian Barang Kemas

Kuantan – Seorang wanita mengalami kerugian RM4,000 selepas dipercayai dipukau oleh individu yang tidak dikenali sehingga menyerahkan barang kemas miliknya di Jaya Gading, Kuantan, khamis 14 November 2024.

Suspek yang menyamar sebagai pelanggan, menunjukkan wang tunai banyak untuk mendapatkan kepercayaan kakitangan. Sambil berbual santai, wanita itu memukau sehingga tanpa disedari oleh mangsa, menyerahkan rantai, cincin, dan gelang begitu sahaja.

Ketua Polisi Erah Kuantan, Asisten Komisioner Guan Mohamad Zahari Wan Busu berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4 petang ketika mangsa berada di tempat kerjanya.

Menurut beliau, mangsa yang berusia 18 tahun itu baru bekerja 2 minggu di kedai berkenaan.

Modes operandi  suspek pada mulanya berbual santai dengan mangsa mengenai barang kemas yang dipakainya. Bagaimanapun, mangsa dikatakan tanpa sedar telah menyerahkan seutas gelang dan rantai serta sebatuk cincin emas kepada suspek dan hanya menyedarinya selepas suspek beredar dari kedai.

Peringatan: Berhati-hati dengan pelanggan yang terlalu ramah.
Nasihat dan Pengawasan:

  • Berhati-hati dengan pelanggan yang terlalu ramah.
  • Percayai naluri jika merasa tidak selesa atau curiga.
  • Jika berseorangan, lebih baik tidak memakai barang kemas.

Pukau adalah amalan ilmu hitam.  Kesedaran dan kewaspadaan adalah penting untuk mencegah insiden ini dan melindungi komuniti daripada menjadi mangsa.

Author

Write A Comment