
Laporan rempuhan lori Di Masjid Paya Jaras



Maklumat Anggota
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف عنه
“Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu”
“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia..”
Nama: Mohd Yasin bin Rabanie
Umur: 30 tahun
Bangsa/Agama: Melayu/Islam
Status Perkahwinan: Berkahwin
Jawatan: Jurumeriam
Pasukan: 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat)
Tempoh Perkhidmatan: 11 tahun
Alamat: Kem Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor
Butiran Kemalangan
Masa Kejadian: 31 Mei 2025, 1:35 petang
Lokasi: Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor
Kronologi: Anggota menunggang motosikal (QCQ 4120) menuju Masjid Paya Jaras apabila sebuah lori (WHW 6197) yang hilang kawalan melanggarnya dari belakang, menyebabkan anggota digilis kira-kira 10 meter dan tersepit di bawah lori.
Tindakan Awal: Pihak polis dan bomba tiba pada 1:45 petang, mengeluarkan jenazah dari bawah lori. Kematian disahkan di tempat kejadian.
Tindakan Lanjut: Jenazah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
Tindakan Pasukan
- Pengurusan jenazah akan dijalankan di Hospital Sungai Buloh.
- Perancangan pengebumian akan dilakukan di kampung halaman anggota di Kampung Naie Lama, Kota Samarahan, Sarawak.
- Pasukan akan memohon pergerakan udara untuk menghantar jenazah dan keluarga ke Sarawak.
- Bantuan daripada Rejimen Kelapan Artileri Diraja (8 RAD) akan dipohon untuk menguruskan proses pengebumian di Sarawak.
Maklumat Pengebumian
Lokasi Pengebumian: No. 13, Kampung Naie Lama, 94300 Kota Samarahan, Sarawak
Perancangan: Pasukan sedang mengatur pergerakan udara untuk menghantar jenazah dan keluarga ke Sarawak, dengan bantuan 8 RAD untuk proses pengebumian.